NFF

Sunday 25 September 2011

Artikel Rouh Adi masuk majalah BELADIRI (SEPTEMBER BIL.70)


Salam beladiri to semua reader sekalian alam...korang ade beli x majalah BELADIRI utk bulan nih?ade dop... Kpd bebudak silat or bebudak martial art lain yg follow majalah nih mesti dah tengok kan...papepown yg membuatkan adi terlalu gumbira shout out adalah kerna artikel dah disiarkan...(heppy latuh..ngeh3)...satu lagi yang x disangka dan ape yg membuatkan adi rase bertuah adalah Mahaguru Azlan Ghanie  a.k.a pengasas silat melayu lok 9... bagi quote kat adi bwah artikel nih...

inilah dia majalah SENI BELADIRI keluaran sep.2011


artikel adi yang keluar dalam isu tersebut...hahaha(suke nyer)


sejuta kebanggaan apabila diberi quote oleh Mahaguru Azlan Ghanie di bawah aritikel tersebut..:)



Adi suke beladiri...huhuhu
Kepada ahli BELADIRI semua..diharapkan anda semua terus maju dan sukses dalam memperjuangkan warisan bangsa kita...insyallah...BERSATU DALAM BELADIRI!!!

Saturday 24 September 2011

Mahaguru Datuk Meor dan Master Bruce Lee..siapa hebat??


  

MAHAGURU DATO MEOR pehlawan melayu sejati

MASTER BRUCE LEE..darah muda...
Bruce lee adalah merupakan tokoh yang memperkenalkan kung fu kepada dunia barat.sifatnya adalah
dengan belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang. Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.

Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. Bruce Lee memang hebat... beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. I dah try sepak tapi tak bergerak pun.Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.


Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.

Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.


Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)
 jadi pikir2 lah..silat dah dekat dengan melayu...masih lagi agungkan wira yg x sepetutnya di angkat...sayang melayuku melayu...wasalm 

Malaysian Boy...kontroversi + misterius...


Salam malaysian boy buat semua... korang semua mesti dah penah dengar lagu nihkan?? Especially kat astro slalu je keluar lagu nih sempena hari kemerdekaan negara kita.Ini adalah projek SUARA KAMI by Astro..tp yg menjadi agenda utama psal video nih adalah satu, lagu Malaysian boy nih hampir sama dengan lagu American Boy nyanyian oleh estelle and kenye west...klu cakap tukar versi bahasa pown boleh jd orang terima...(tp adi still lebih suka versi malaysia,lg bagus!!!ada mesej di sebalik lirik dan videonyer) X caye cuba tengok....lalalala..


So macamner??? Apa pendapat anda???ngeh2...(klu adi x kesah pown..kan?)...tp ade satu lagi kontroversi dalam klip video nih adalah kelihatan kelibat hantu....huh??? hantuuu???..yea...tp klu tengok dalam video mmg cepat sangat..x perasan sangat...bende tuh kuar sebelah kiri video kat tepi ila mentor..kat part lirik..”tapi aku..selalu..”cuba la perhatikan kat korus mula2 agy...hurmmm.. kuuurrrsss semangat...klu x nampak gak x pe..cube tengok kat bawah...ini gambar pause yea... hasil tekno Gomplayer...





Nampak x??? Jd ape pendapat anda....???aneh-aneh bukan....???

*jangan lupe baca doa sebelum lakukan sesuatu...INGAT JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI ..MISTERIIIIIIIIIII!!!!!

Wednesday 21 September 2011

Hari pertama mengajar silat....

Salam buat semua... tanggal 21 september 2011 adalah merupakan hari pertama adi mengajar silat di sebuah sekolah di Kota Bharu...hehehe..gumbira shout out yang bukan kepalang rasenya..dah naik pangkat jadi guru...(utk lela sembah sahaja ye..hehehe)...sebelum nih cuma mengajar di gelanggang tapak suci sahaja... tapi masih banyak lagi yang perlu dibaiki sebab adi pown masih ade yang lupa psal silat nih...
SEKOLAH RENDAH ISLAM KIBLAH

yea..yea..buat2...ngeh2..cikgu la konon

streching sebelum mengajar di gelanggang.... pelik je back kick tuh...



Terima kasih kepada Guru SHAFIE HUSIN kerana mempercayai adi untuk menjadi gurulatih didalam Pertubuhan Seni Silat Gayungman Segerak Warisan Kelantan...(walaupun guru lela tapak empat..ok la tu!!!hehehe)...
GURU SHAFIE HUSIN

Sunday 18 September 2011

Warisan keilmuan melayu...



Assalamulaikum dan salam hikmah...entry kali nih adi ingin menyingkap sedikit mengenai keilmuan tradisi melayu dari susur galur nenek moyang kita dahulu...ramai orang skrg wat x kesah tambah2 lagi generasi muda skrng...alangkah ruginya..hurmmmmmm

KHATAM MUFRADAAT MUTSALLATSATUL GHAZALI
Wafak ini di petik dari kitab imam al-Ghazali iaitu Al Munqizh minadh-dhalal.ianya merupakan sebuah segi empat yang terisi dengan huruf hijaiyah BA,DAL,WAU DAN HA  (ﺑﺪوح   )dan ianya dilinkungi dengan surah al baqarah ayat 1o2 .dan di katakan ianya berkhasiat dalam merungkai ilmu sihir..wallahualam



KHATAM CINCIN AL GHAZALI

 Kegunaan khatam ini adalah ikhtiar bagi ibu-ibu untuk memudahkan bersalin dan sudah digunakan sejak dahulu lagi terutamanya bidan2 tua dan bomoh dahulu kala..

NURUN NUBUWWAH

Nurun nubuwwah adalah merupakan warisan rasulullah SAW.ianya mengandungi pelbagai khasiat sehingga ada menyatakan ia mampu menukarkan kunyit kepada emas…wallahualam

Justeru itu,terdapat beribu-ribu lagi keilmuan melayu yang terdapat pada hari ini...namun ianya seolah2 sudah hilang di telan bumi dek kerana faktor kemodenan dan pengaruh2 kuning terutamanya dalam kalangan remaja.  Teringat pula saya kepada kata ALI ZULFAKAR penyusun kitab DUNIA HIKMAT   yang berbunyi“satu hikmat yg diamalkan benar2 meliputi segala2 kebajikan dunia dan akhirat adalah lebih baik dari beratus ribu hikmat yang tiada diamalkan”..dan wajib diingat jua bahawasa satu hikmat jika diamalkan pada hikmat tersebut semata pun sia-sia kerana ianya adalah merupakan asbab sahaja akan kekuasaan ZAT ALLAH SWT yang ujud lagi maujud jua… wallahualam

Nota rujukaN dan ijazah amalan…
1. DUNIA HIKMAT karya ALI ZULFAKAR
2.MANUSIA JIN karya KIYAI HAJI USMAN
3.DOA MAHABAH ,SALIM USMAN H. MUDHAFIR AULIA


*sila dapatkan ijazah ataupun mursyid sebelum menuntut...wasalam
 



Friday 16 September 2011

Mengenal warisan melayu...sempena hari Malaysia

salam mengenal warisan melayu...ari ni adi nk perkenakan tentang warisan kita yg serata dunia dah iktiraf tapi cuma bangsa kite sendiri yg x ambil kisah... setengah anak muda mungkin x nampak apa yg ade pada keris ?sesetengah mungkin x tahu langsung pasal KERIS...pasal keris iaitu senjata pendek yg mana permainannya tempur seligi yg berbahaya..samada di tangan ahlinya ataupun dek kerana bisa keris itu sendiri ataupun dek kerana nilai mistiknya....adi pown bukanlah tahu sangat tp skit2 tu boleh la sekadar untuk informasi bagi bangsaku...keris nih bukan calang2 senjata..keris ini di tempa mengikut susunan besi tertentu iaitu terdiri dari besi jenis baja (besi keras),besi tawar(besi lembut) dan besi melela (iaitu gabungan baja dan besi tawar)...besi dilapis dan di pijar sehingga boleh di ketuk...inilah hasilnya...

ini namanya badik ataupun anak keris

ini adalah keris gelanggang..biasanya tdk ditasak bisa kerana utuk latihan .hulunya jenis jawa demam

 BEZA!!!ini keris indonesia(jawa) hulunya simple...keris mcm nih kat sane berlambak , kat tepi jln pown ade jual...

ini keris nagasosro,keris jawa..salah satu ciri keris indonesia dia punye pamor senang nampak 
ini sundang..biasenya asal milik orang bugis..ini pon salah satu  senjata yg hebat...

taming sari (milik Sultan perak) tp betul ke taming sari mcm ni?wallahulam



keris Pekaka warisan melayu pattani yg agung keris jenis ini merupakan keris yg di pakai oleh AGONG sekarang

keris idaman adi...tp sayang bilah dya anak alang

so di harapkan bangsa melayu lebih mengenali warisan agung bangsanya...baik la silat dari gi wat keje x berfaedah...jangan plak malu nk silat sebab nmpak kampung padahal kulit sawo matang!!! muke perghhh lagi la natural peribumi... fikir-fikirkanlah...

Thursday 15 September 2011

Majlis meratib kat kampung...


Salam dan selamat sejahtera kepada semua...malam sabtu lepas diadakan majlis meratib kat umah kawan..dah lame x join xtvt mcm nih...klu kat kampung xtvt macam nilah yang membuatkan tali silaturahim antara penduduk sehingga otai and lebai jadi kamceng punyerrr!!!mase nilah otai2 dan pak2 lebai berjumpa dalam satu bumbung...semuanya berhasrat agar bersedekah pahala kepada oarang yang telah meninggal...hurmmm....sekali sekala kenalah turun padang gak bergaul dengan masyarakat...agipown dapat la jugak berkenalan dengan orang2 yang x kenal...besok2 pown macam nilah jugak majlis kite...ye x kan? Kan?....

sempat posing ngan tuan punyer majlis a.k.a kawan...tampan dengan senyuman  dan baju yg hijau sekali!!!

sempat agi join lebai and the gang ngah bincang psal majlis...

macam biase la...selepas meratib akan diadakan bacaan doa dan semua orang yg dijemput hadir akan di jamu...semoga roh arwah di cucuri rahmat..amin  :)

Wednesday 14 September 2011

Asalamulaikum? salam suai kenal lagi....

adoyai...cerita pasal blog nih dah berblog2 buat..semua kene hack..semua kene khianat...klu x kene khianat e-mail x verify la..memacam lagi..klu di ikutkan hati memang dah lame adi santet!!! (tp nk santet sape?? xkan google kowt) pastu rase macam nk wat tendangan juring je kat groin yg khianat tuh..pastu kunci mati n0. 3 gayung,then tumbuk beranak hanuman,paras gayungman kat tengkuk + jurus no.9 tapak suci + jurus 1 zulfatah dan bla..bla......ek elah!!! hebat sangat la tuh!!!perghhhh~ tp nasib baik iman dan tekad di hatiku masih menebal setebal nibong tebal..ngeh2...
mood raya : x guna gaduh2!!! selamat hari raya maaf zahir dan batin...

then kepada semua yg dah penah foll adi kew,baru nk foll kew..silalah foll...,adi x kesah pown..yg penting kita saling foll mengefoll dalam mengeratkan silaturahimm bersama (masih dalam mood raye nih)..hurmmm...selamat mengefoll!!!...